Translate

SYARAT MENGINAP

  1. Penginap tidak dibenarkan untuk membawa masuk barangan terlarang dan menjadikan Zahran Homestay sebagai tempat melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang Negara. 
  2. Tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah Agama Islam. 
  3. Hanya makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis penginapan. 
  4. Tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang majlis keramaian/kenduri sepanjang menginap di Zahran Homestay. 
  5. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan di dalam rumah. Bersama2 kita menjaga kebersihan tempat tinggal, dimohon membuang sampah yang bertimbun di tong sampah besar yang disediakan pihak Majlis Bandaraya di tingkat bawah rumah. Sila pastikan juga anak-anak anda tidak mencampakkan barang2 dari tingkat atas ke bawah. 
  6. Semua barang berharga milik penginap adalah atas tanggungjawab sendiri. 
  7. Menjaga dengan baik peralatan dan kelengkapan di Zahran Homestay sebagai mana anda menjaga barang anda. Pastikan suis elektrik / penghawa dingin ditutup (switch off) dan api di dapur memasak di padamkan ketika meninggalkan rumah. 
  8. Pihak pengurusan Zahran Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kecederaan, kehilangan nyawa penginap serta harta benda masing-masing akibat kelalaian penginap atau keadaaan di luar kawalan pihak pengurusan.
terima kasih